Kadar tol cheras-kajang naik 2013

Kadar tol cheras-kajang naik 2013
Kadar tol cheras-kajang naik 2013

naik!! gaji talak naik lagi.. aiyoo

"Menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013."

Tempoh konsesi lebuhraya itu akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi untuk menangani isu "kebocoran trafik" di lebuh raya berkenaan, katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Aiyoo.. Tapi benda nie masih dalam kajian pihak kerajaan, mestilahh.. kata rakyat mesti didahulukan.. hehe..

Dan antara masalah tol cheras kajang nie.. "Kebocoran trafik" means penduduk disana mengunakan jalan pintas untuk elak tol.. bijak2.. huhu
Shaziman menjelaskan, tempoh asal konsesi tersebut ialah selama 30 tahun - daripada 19 September 1995 hingga 18 September 2025.

Konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, katanya, menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras).

Tambahnya, kerajaan telah menjelaskan pampasan tunai sebanyak RM105.15 juta kepada syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (GSSB) sehingga Disember 2010.

"Sebahagian besarnya disebabkan oleh penstrukturan semula kadar tol yang dimeterai melalui perjanjian konsesi tambahan pada 2002," katanya.

GSSB juga telah mengutip bayaran tol sebanyak RM585.5 juta sehingga Disember 2010 -- lebih rendah daripada unjuran sebanyak RM613.4 juta dalam perjanjian konsesi, tambahnya.

"Jumlah aliran trafik sebenar untuk tempoh sama ialah sebanyak 809.7 juta kenderaan berbanding unjuran trafik asal sebanyak 822.8 juta," katanya lagi.


p/s- harap2 x naik lah yek.. huhu..


No comments:

Post a Comment

Jom Main Komen-Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...