#4 Diari Ramadhan - Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau


#4 Diari Ramadhan - Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.




p/s- Ya ALLAH...mmg tidak terbanding sifat mulia rasullullah...selawat ke atas Nabi 
junjungan besar kita...







Comments
11 Comments

11 comments:

  1. subhanallah.. pernah baca kisah ni.. saya suka baca kisah Rasulullah SAW.. memberi kesan,. cuma terkilan tak dapat lagi mengikuti sunnah baginda dengan sempurna.. setiap kali baca dan hayati, terasa rindu yang mendalam dan keinginan utk berjumpa dgn baginda meluap2 sehingga menitis air mata.. subhanallah..

    khas untuk ibu

    ReplyDelete
  2. terbaekkk! thanks Mr.Laici <3

    ReplyDelete
  3. nice entry aka diary ... Rasulullah qudwah hasanah buat kita semua umatnya !

    ReplyDelete
  4. subhanallah.......mulianya akhlak rasul junjungan kita nabi muhammad s.a.w...

    ReplyDelete
  5. Kiểm tra video này … Điều này là buồn cười …….

    http://www.youtube.com/watch?v=NTEfa_uU7b0&feature=channel_video_title



    Menonton video ini … apa yang Anda pikir akan terjadi setelah ini.

    ReplyDelete
  6. mengoogle bacaan untuk rohani.Terjumpa artikel ini.

    jazakalllah. semoga penulis mendapat keredhan dan petunjukNya. amin

    ^__^

    ReplyDelete

Jom Main Komen-Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...